Di sebuah rumah di Pinggir Bandaraya Kuala Lumpur.
Julie memerhati Siti Sara, anak perempuannya berusia sembilan tahun yang dari tadi merenung keluar jendela. Sesekali Siti Sara menghentak-hentak kaki ke lantai. Sesekali, di tarik-tariknya bucu kain langsir dan memintal-memintal. Resah! Julie tidak berganjak dari sofa, dan dari tadi juga dia hanya memandang skrin TV tanpa mengambil peduli apa yang terpancar. Siaran membosankan lagi minda nya yang sudah berserabut. Sudah dua hari dan dua malam suaminya Reza tidak pulang. Pagi tadi Reza hanya menalifon untuk memberitahu yang malam ini juga dia tidak akan pulang. Itu pun hanya beberapa saat di talifon sebelum Reza meminta untuk bercakap dengan Siti Sara. Belum sempat Siti Sara bersuara, klik talifon sudah di letak. "Papa cakap dia sayang Sara dan sayang mama, tapi dia tak dapat pulang kerana dia banyak kerja!"
Kata-kata itu bagaikan penawar buat Siti Sara yang sejak dua hari lepas merindui ayahnya. Siti Sara anak tunggal yang begitu bermanja dan dimanjakan olih Reza. Tapi penawar itu semakin hilang apabila hari menjelang senja. Apabila di ajak makan malam, dia enggan dan memberitahu Julie, "Sara tak ada selera mama. Sara nak tunggu makan bersama papa!"
"Sara makan sedikit sayang, teman kan mama....please~" Julie memujuk. Jika di ikutkan, dia sendiri memang hilang lansung selera untuk makan dan minum. Fikirannya di hantui berbagai persoaalan. Di antaranya, ada kah sikap Reza yang tidak pulang-pulang itu ada kena mengenai dengan panggilan telifon dari suara perempuan misteri beberapa bulan lepas. Dia cerita kan perihal panggilan itu kepada Reza, namun suaminya hanya menasihati supaya di abaikan sahaja.
"Itu panggilan budak-budak nakal lah tu!" Kata Reza acuh tak acuh.
Suara perempuan misteri itu bagaikan mencabar nya. Masih terngiang-ngiang di telinga Julie, "Suami kamu telah tidur bersama saya! Dia berjanji akan nikahi saya. Dia berjanji akan ceraikan kamu" Menggigil seluruh badan Julie ketika itu. Tetapi belum sempat dia berkata apa, telefon sudah pun diletak. Durjana! Begitulah marahnya terhadap perempuan itu membuak-buak. Reza, sampai hati! Tiba-tiba hatinya di hantui pula rasa sedih. Berkecamuk! Serta merta itu juga dia mengambil wuduk dan bersolat sunat untuk menenangkan perasaan. Ketika dia menadah tangan berdoa, airmata berderai melimpahi membasahi pipi. Sejak berkahwin dengan Reza, mereka memang bahagia. Tidak pernah bergaduh besar. Jika ada pun pertelingkahan selalunya kerana sifat nya berjimat cermat sering menasihati Reza dari berbelanja berlebihan. Apa lagi jika di anggapnya perbelanjaan itu untuk benda2 mewah yang tidak di perlukan. Pernah Reza mengajaknya bercuti ke Bali, tetapi kerana keengganannya, mereka menghabiskan cuti tahunan Reza pulang menziarah sanak saudara di kampung. Dia tidak menyedarinya ketika itu kenapa Reza asyik cepat saja melenting walaupun kerana perkara yang boleh di anggap remeh temeh. Seminggu selepas itu mereka bertengkar.
Setelah reza asyik membebel, Julie bertanya "Kenapa abang ni, asyik marah-marah!"
Bagaikan budak-budak yang tidak dapat memenuhi hasrat untuk bermain, Reza mengherdik, "Tak marah pun! Siapa yang marah! Tak guna marah pun! Bila lagi nak balek ke rumah mak dan ayah awak tu! Cuti pun terperuk di kampung, baik tak usah cuti!!"
Ketika itu barulah Julie sedar yang Reza menyimpan dendam kerana tidak dapat bercuti ke Bali.
Di suatu ketika lain, Reza begitu berhasrat untuk membeli kereta mewah BMW 3 series. Julie tahu, memang Reza mampu. Namun, kemewahan begitu tidak menjadi keutamaan Julie lalu di luah pandangannya.
"Eluk lah duit tu abang bayar tambang untuk kita berdua pergi Haji jer bang. Setidak-tidak pun kita pergi Umrah" kata Julie sebaik mereka keluar dari salah satu showroom BMW di KL.
Ketika itu Reza tidak banyak cakap, hanya diam seribu bahasa. Selang beberapa minggu, di suatu hari Reza memandu sebuah kereta BMW berwarna bitu metallic pulang ke rumah.
"Awak suka tak? Ini hadiah saya untuk diri saya sendiri!" Kata Reza apa bila Julie membuka pintu.
Suara Siti Sara di dalam sendu mengejutkan Julie dari lamunan. "Mama, betulkah papa sayangkan kita mama?"
Julie tidak menjawap. Dia bangun, berjalan perlahan menghampiri Siti Sara. Julie melutut di sebelah Siti Sara sama-sama merenung ke luar tingkap. Sebelah tangan nya memeluk bahu Siti Sara."Ia, papa sayangkan Sara, jika tidak masa kan dia telefon memberitahu" Sekali lagi Julie memujuk anak perempuannya.
"Tetapi kenapa dia tidak pulang pulang..." suara Siti Sara tersedu-sedu. "Mama, besukkan Hari Raya Mama....mana ada orang kerja di hari raya?"
Tiba-tiba baru Julie tersedar takbir raya sudah pun kedengaran dari radio dan TV. Airmata Julie gugur, bagai kan hati nya yang jatuh bagaikan daun-daun kering di tiup angin. Reza, sampai hati kamu! Rungutan di dalam hati sambil dia mengesat air mata Siti Sara.
"Jika papa tak pulang, kita berhari raya berdua. Besuk pagi, kita ambil flight pergi rumah Atok di JB!"
Siti Sara melihat ibunya menangis. Rasa bersalah mencuit hati seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun kerana membuat ibunya bersedih. Siti Sara pula mengesat air mata di pipi Julie, "Ibu jangan nangis. Besuk papa pulang! Sara tahu Papa akan pulang, besuk habislah kerja nya mama!"
Sara, kamu sungguh sweet! I love you Sara!! bisik hati Julie sambil dia memeluk Sara erat-erat. Didalam dakapan itu dua insan di ayun seribu persoaalan. Badan mereka terhenjut di dalam sendu. Tangisan ibu kerana tindakan suami yang menjadi persoaalan dan seorang anak yang kerinduan, dan tangisan seorang anak kerana ayah yang tidak pulang dan ibu yang di dalam kesedihan.
Reza terkejut dari lamunannya apabila di berikan microphone untuk mengepali Takbir Raya. Berpeluh! Tergamam! Dia memulakan dengan suara terketar-ketar. Lantas, fikirannya di hantui bagaimana untuk menamatkan takbir itu nanti. Memang dia tidak pernah menghafal takbir penamat itu! Sudah diulang-ulangnya bertakbir sepuluh kali, sebelas kali....tanpa penamat. Baju Melayunya kuyup di basahi peluh jantan. Tiba-tiba, seseorang menepuk peha nya dan mengambil microphone sambil tersenyum sinis. Ah, Lega! Terimakasih terimakasih, who ever you are!!! Reza tersenyum sama sambil mengesat peluh."Itu panggilan budak-budak nakal lah tu!" Kata Reza acuh tak acuh.
Suara perempuan misteri itu bagaikan mencabar nya. Masih terngiang-ngiang di telinga Julie, "Suami kamu telah tidur bersama saya! Dia berjanji akan nikahi saya. Dia berjanji akan ceraikan kamu" Menggigil seluruh badan Julie ketika itu. Tetapi belum sempat dia berkata apa, telefon sudah pun diletak. Durjana! Begitulah marahnya terhadap perempuan itu membuak-buak. Reza, sampai hati! Tiba-tiba hatinya di hantui pula rasa sedih. Berkecamuk! Serta merta itu juga dia mengambil wuduk dan bersolat sunat untuk menenangkan perasaan. Ketika dia menadah tangan berdoa, airmata berderai melimpahi membasahi pipi. Sejak berkahwin dengan Reza, mereka memang bahagia. Tidak pernah bergaduh besar. Jika ada pun pertelingkahan selalunya kerana sifat nya berjimat cermat sering menasihati Reza dari berbelanja berlebihan. Apa lagi jika di anggapnya perbelanjaan itu untuk benda2 mewah yang tidak di perlukan. Pernah Reza mengajaknya bercuti ke Bali, tetapi kerana keengganannya, mereka menghabiskan cuti tahunan Reza pulang menziarah sanak saudara di kampung. Dia tidak menyedarinya ketika itu kenapa Reza asyik cepat saja melenting walaupun kerana perkara yang boleh di anggap remeh temeh. Seminggu selepas itu mereka bertengkar.
Setelah reza asyik membebel, Julie bertanya "Kenapa abang ni, asyik marah-marah!"
Bagaikan budak-budak yang tidak dapat memenuhi hasrat untuk bermain, Reza mengherdik, "Tak marah pun! Siapa yang marah! Tak guna marah pun! Bila lagi nak balek ke rumah mak dan ayah awak tu! Cuti pun terperuk di kampung, baik tak usah cuti!!"
Ketika itu barulah Julie sedar yang Reza menyimpan dendam kerana tidak dapat bercuti ke Bali.
Di suatu ketika lain, Reza begitu berhasrat untuk membeli kereta mewah BMW 3 series. Julie tahu, memang Reza mampu. Namun, kemewahan begitu tidak menjadi keutamaan Julie lalu di luah pandangannya.
"Eluk lah duit tu abang bayar tambang untuk kita berdua pergi Haji jer bang. Setidak-tidak pun kita pergi Umrah" kata Julie sebaik mereka keluar dari salah satu showroom BMW di KL.
Ketika itu Reza tidak banyak cakap, hanya diam seribu bahasa. Selang beberapa minggu, di suatu hari Reza memandu sebuah kereta BMW berwarna bitu metallic pulang ke rumah.
"Awak suka tak? Ini hadiah saya untuk diri saya sendiri!" Kata Reza apa bila Julie membuka pintu.
Suara Siti Sara di dalam sendu mengejutkan Julie dari lamunan. "Mama, betulkah papa sayangkan kita mama?"
Julie tidak menjawap. Dia bangun, berjalan perlahan menghampiri Siti Sara. Julie melutut di sebelah Siti Sara sama-sama merenung ke luar tingkap. Sebelah tangan nya memeluk bahu Siti Sara."Ia, papa sayangkan Sara, jika tidak masa kan dia telefon memberitahu" Sekali lagi Julie memujuk anak perempuannya.
"Tetapi kenapa dia tidak pulang pulang..." suara Siti Sara tersedu-sedu. "Mama, besukkan Hari Raya Mama....mana ada orang kerja di hari raya?"
Tiba-tiba baru Julie tersedar takbir raya sudah pun kedengaran dari radio dan TV. Airmata Julie gugur, bagai kan hati nya yang jatuh bagaikan daun-daun kering di tiup angin. Reza, sampai hati kamu! Rungutan di dalam hati sambil dia mengesat air mata Siti Sara.
"Jika papa tak pulang, kita berhari raya berdua. Besuk pagi, kita ambil flight pergi rumah Atok di JB!"
Siti Sara melihat ibunya menangis. Rasa bersalah mencuit hati seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun kerana membuat ibunya bersedih. Siti Sara pula mengesat air mata di pipi Julie, "Ibu jangan nangis. Besuk papa pulang! Sara tahu Papa akan pulang, besuk habislah kerja nya mama!"
Sara, kamu sungguh sweet! I love you Sara!! bisik hati Julie sambil dia memeluk Sara erat-erat. Didalam dakapan itu dua insan di ayun seribu persoaalan. Badan mereka terhenjut di dalam sendu. Tangisan ibu kerana tindakan suami yang menjadi persoaalan dan seorang anak yang kerinduan, dan tangisan seorang anak kerana ayah yang tidak pulang dan ibu yang di dalam kesedihan.
Di sebuah rumah di pinggir bandar Arau, Perlis.
"Aku terima nikahnya dengan Maslina dengan mas kawin sembilan puluh sembilan ringgit tunai" Reza menggenggam erat tangan Pak Imam sebagi juru nikah.
"Sah"...."Sah"...."Sah" serentak ketiga2 saksi menganggukkan kepala sambil tersenyum. Dua dari saksi itu dari pihak perempuan, dan seorang lagi ialah pemandu Reza sendiri.
Di dalam kamar pengantin, Maslina tersenyum puas!
Ibu dan bapa Maslina juga tersenyum puas!
Reza memerhati sekeliling ruang tamu, seolah-olah mencari seseorang. Tidak kelihatan sesiapa yang di kenalinya.
Setelah selesai doa selamat untuk kedua pengantin baru, Tuan Imam memulakan takbir raya. Terasa seram sejukjuga Reza. Ganjil pula rasanya! Buat beberapa detik hatinya di hinggapi rasa bersalah terhadap anak dan isterinya, Julie. Tapi hanya untuk beberapa detik. Sepantas perasaan itu datang, sepantas itu juga dia di sedarkan kembali ke alam realiti. Dia mempunyai isteri baru, Maslina yang separuh dari usianya, lebih cantik dari Julie. Mereka bertemu secara kebetulan ketika Reza mengintai-intai show room BMW tempuh hari. Di sana lah Maslina bertugas sebagai penyambut tetamu. Pandangan pertama, senyuman pertama, meresapi terus ke lubuk hati Reza. Di susuli pula dengan tidak berani Maslina yang menalifon nya mengajak makan-makan. Tindakan yang seterusnya lebih berani, menggoda Reza! Justeru, di suatu malam apabila semua staff di pejabatnya sudah pulang Reza bertindak nekad mengajak Maslina ke pejabat nya. Pintu di kunci. Lampu di malapkan. Langsir di singkap. Berlmulalah pelayaran menempuhi lautan bergelombang nafsu. Di dalam kerakusan, Mastura memerangkap "Jangan bang, jika abang buat juga abang harus bertanggung jawap!" Perahu sudah di air, mana bisa pulang ke pelabuhan. Begitulah Reza ketika itu. "Abang berjanji akan meminang Mas....abang berjanji akan tinggalkan isteri abang!"
"Abang pasti!" Maslina merenget sambil memastikan gigitan dan sedutan di leher Reza meninggalkan kesan.
"Pasti...." bisik Reza, dan dengan bisikan itu tertanggallah semua pakaian luar dan dalam Maslina. Perahu dilambung badai. Lautan bergelora. Buih-buih nafsu memenuhi permukaan lautan bergelombang. Apabila perahu tersadai di pantai, sekali lagi Maslina memastikan. Kali ini dengan mengambil gambar mereka berdua dengan telefon bimbit Nokia pemberian Reza tiga bulan lepas. Gambar pipi ke pipi, wajah-wajah selepas pertarungan yang pastinya seorang telah tewas tanpa menyedari, dan seorang telah memasang perangkap tanpa di kesan.
Sehari selepas malam itulah Maslina menalifon Julie, sebagai perempuan misteri membawa berita celaka.

i) Di Pagi Raya di Kuala Lumpur.
Walaupun baru jam 4 pagi, Siti Sara senang bangun apabila di kejutkan. Dalam masa setengah jam, ibu dan anak sudah siap dan sedia untuk meninggalkan rumah mereka menuju ke Johor Baru. Siti Sara berpakaian baju Kurung berwarna merah jambu. Hanya baju itu yang dia mahu memakainya walaupun sudah di pujuk olih Julie untuk memakai baju yang lebih baru dan lebih selesa. Ahirnya, setelah Sara memberitahu kenapa barulah Julie faham. "Sara nak baju ini jugak. Baju ini papa belikan untuk Raya Tahun lepas kan mama!" Sebak Julie seketika. Namun dia nekad tidak mahu bersedih dan lebih penting dia tidak mahu Sara bersedih di pagi Hari Raya.
"Aha, Sara nampak cantik pun apa bila pakai baju ni kan...."Julie memberi kepastian.
Taxi yang di tempah sudah pun tiba untuk membawa mereka ke KLIA. Sengaja Julie merahsiakan mengenai kepulangan mereka kerana tidak ingin menyusahkan kedua orang tua nya. Jam 9 pagi nanti tibalah! Julie mengira waktu dan membayangkan bagaimana terkejutnya ibu dan ayah nya nanti. Semoga mereka akan gembira bertemu cucu kesayangan mereka di pagi Raya. Julie sudah berjanji dengan Siti Sara untuk memberitahu yang Reza tidak dapat pulang kerana terpaksa bekerja emergency di Hari Raya!
Sebaik Julie mengunci pintu, Siti Sara bersuara, "Mama, buka pintu Sara terlupa sesuatu!"
"Kita dah lewat nie" kata Julie.
"Sekejap jer" kata Sara terus memegang pintu.
"Ok ...sekejap jer...mama tunggu di luar!" Kata Julie, membuka pintu.
Sebentar kemudian Siti Sara keluar, sebuah senyuman terukir di bibirnya.
Julie ingin tahu apa rahsia di sebalik senyuman Siti Sara, tetapi mengambil keputusan tidak akan bertanya. My little angel will tell her mama when she is ready, right!! Fikir Julie.
ii) Di Malam Raya di Arau Perlis.
Malam pengantin tidak semanis yang di idam-idamkan oleh Reza. Anti climax! Maklumlah semua sudah di rasai, tiada lagi apa-apa yang menjadi hadiah istimewa di malam pertama mereka sebagai suami isteri. Juadah pun umpama ketupat basi! Sebaliknya, di malam pertama itu suasana di dalam kamar pengantin begitu tegang. Perbualan umpama satu mesyuarat bisness. Maslina meminta Reza menanda tangani surat perjanjian matrimoni; bahawa Reza akan menceraikan isterinya dalam tempuh sebulan, dan segala harta termasuk rumah dan kereta mesti di tukar hak milik kepada nama Maslina, dan nama Maslina juga mesti di masukkan sebagai pemegang saham syarikat milik Reza. Surat sudah di sediakan, pen berdakwat hitam juga sudah di sediakan. Maslina tegas! Reza cemas! Semakin tegas Maslina, semakin rimas dan cemas Reza! Peluru yang menikam jantung Reza malam itu ialah apabila Mastlina memberitahu, "Bang, tanda tangan malam ini juga, Maslina sekarang mengandungkan anak abang sudah dua bulan!"
"What!" spontan Reza menjerit.
"Syyyy, kenapa bang....bukankah abang juga yang buat anak tu bang. Kenapa terkejut bang..!!" tempelak Maslina.
"Jika abang tak mahu sign surat ini, boleh bang. Bayar Mas satu juta! Lepas tu, abang boleh ceraikan Mas!"
"Setan!!!" sekali lagi Reza menjerit.
"Syyyy....mereka masih ada di luar tu bang! Jangan lah buat kecoh!"
Reza tidak membuat kecoh lagi selepas itu. Dia terus mencekik Maslina, dengan segala tenaga yang ada. Bagaikan sebiji buah kelapa, Reza memegang kepala Maslina dan mematahkan leher . Kriuk! Snap! Terjelir lidah Maslina. Kedua matanya terbeliak. Sejurus itu, badannya yang meronta-ronta sebentar tadi menjadi kaku. Wajah nya bertukar warna, kebiruan. Reza dengan tenang membungkus sekujur badan itu dengan selimut. Dia menunggu semua penghuni rumah di pinggir bandar Arau itu tidur. Tanpa di duga, dia merasa begitu tenang!! Fikirannya melayang jauh ke Kuala Lumpur...kepada Julie dan Siti Sara!
Penantiannya berahir. Seisi rumah dilamun mimpi. Mungkin penat melayani tetamu di majlis pernikahan tadi, tidak seorang pun terjaga apabila Reza membuka pintu dan keluar! Nasib baiklah keretanya terletak agak jauh dari rumah, kerana memberi ruang untuk kereta rombongan Tuan Imam tadi. Apabila sudah berada di dalam kereta, Reza tidak terus menghidupkan injin. Dia menunggu, memerhati ke arah rumah pengantin. Sunyi sepi! Setelah dipastikan selamat, Reza memandu dengan tenang menghala ke Alor Setar.
Dia akan memandu terus ke KL. Dia tahu dia akan menjadi buruan polis apabila keluarga Maslina menyedari apa yang telah berlaku. Sehingga jam 8 pagi, dia selamat. Begitulah jangkaannya. Maklumlah pengantin baru, harus mereka mengerti jika lewat keluar dari bilik walaupun di pagi Raya!
iii) Di Hari Raya di Kuala Lumpur.
Di dalam samar-samar subuh, Reza membuka pintu rumahnya. Sunyi sepi! Dia terus ke bilik tidur di atas. Di sangkanya isteri dan anak nya masih tidur. Kosong! Tiada! Reza gugup. Dia membuka lampu dari satu bilik ke satu bilik. Di panggil nya nama Siti Sara. Mungkin kerana rasa bersalah, tidak tersebut olihnya nama Julie. "Sara....sara...papa is back!" beberapa kali Reza berlarian turun dan naik tangga, membuka segenap pintu dan memeriksa di dalam almari, di bawah katil. Bercelaru! Tiba-tiba dia ternampak sebuah nota kecil telekat di peti sejuk.
"I know what you did papa!
and I love you for working so hard for us!
Selamat Hari Raya!"

Nota bertulis tangan olih Sara. Reza mengambil nota tersebut. Dia menatap dan membaca berulang kali. Pandangannya kabur, airmata bergenang di kelopak mata. Yes Sara darling, selamat hari raya to you too!!! terkeluar kata-kata itu dari mulutnya. Perlahan sahaja, bagaikan berbisik.
Reza menalifon rumah mertuanya di JB.
Tiada jawapan.
Dia menalifon telefon bimbit Julie.
Tiada nada.
Jiran-jiran sudah mula berduyun menuju ke Mesjid di Taman perumahan mereka. Berkumandang bunyi takbir raya dari corong pembesar suara. Dari TV jiran sebelah rumah juga begitu shahdu bunyi takbir. Anak-anak jiran riuh kegembiraan. Reza membaca nota dari Siti Sara sekali lagi. Dia merasa dirinya begitu kotor. Jijik!!
Reza terus ke bilik mandi. Mungkin kerana merasa berdosa, jijik dengan apa yang telah di lakukan pada malam itu. Begitu kuat sekali nalurinya untuk mandi. Dia menyental seluruh badannya dengan sabun. Dia ingin membersihkan segala dosa nya. Tak mungkin begitu mudah!! hatinya sendiri menjawap.
Dia ingin membersihkan apa juga kesan dan bau perempuan durjana bernama Maslina itu. Kenapa lah aku bodoh sangat!! Penyesalan menerpa.
Sedang Reza mengelap badan, terdengar bunyi ketukan di pintu rumah bertalu2. Reza meninjau dari tingkap. Tiga kereta peronda polis berada di depan rumahnya. Beberapa jiran juga berkumpul di luar pagar, masing2 dengan pakaian baju Melayu.
"Kenapa Tuan?" kedengaran bunyi suara salah seorang jiran bertanya kepada pegawai polis.
"Kami mencari penghuni rumah ini untuk membantu dengan satu kes penyiasatan kami" jawap polis, tenang tetapi tegas.
Reza mencari baju Melayu Merah Jambu yang di pakainya untuk hari raya setahun lalu. Warna sedondon bersama isteri dan anak kesayangan. Warna pilihan Siti Sara! Di pakainya samping sekali. Dengan bersongkok, kemas, dia membuka pintu.
"Encik diminta mengikut kami ke balai polis" kata pegawai polis. Di tangannya ada sepasang gari yang sedia di gunakan.
"Tak perlu menggari saya, saya akan ikut ke balai" kata Reza, lembut, tanpa sebarang rasa gugup. Apabila Kereta Polis yang di naikinya melintasi Mesjid, dengan tiba-tiba emosi Reza diganggu dengan perasaan takut. Terbayang-bayang tali gantung! Seram!!
Tiba-tiba badannya berpeluh, sejuk. Terasa muka nya tanpa darah. Dia takut! Cukup takut. Tidak pernah dia alami perasaan takut sebegitu sebelum ini.
Dia takutkan mati!!!
(Cerita ini rekaan penulis semata-mata. Jika ada sebarang persamaan dengan yang hidup atau mati, itu hanya lah sebagai kebetulan. Penulis mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada suami isteri yang setia dengan CINTA, dan berjaya melalui segala cubaan dan godaan! Pengorbanan nafsu dunia demi cinta sejati dan cintakan kebahagiaan hakiki, mungkin itu lebih baik dari berkorban dengan sepuluh ekur kambing!)